On 12:28 by rafidah thomas   No comments
Selepas sahaja Majlis Perasmian dan penyerahan anak angkat selesai, Ahli Solar 2017 diberi masa untuk berehat dan bersuai kenal dengan keluarga masing - masing. Pada waktu petang , semua Ahli Solar 2017 dan penduduk KRT Kota dijemput untuk mengikuti senamrobik. Sebelum Program ini berlansung ahli Solar 17 telah berlatih dengan menjalankan " Training of trainer " iaitu latihan kepada jurulatih (ahli Solar 17) bagi memastikan setiap aktiviti di sini berjalan dengan lancar. Oleh itu , Biro Refreshing telah menetapkan hari - hari yang sesuai untuk menjalankan latihan untuk jurulatih ini. Sewaktu Slot senamrobik ini dijalankan, semuanya bermula pada tepat pada waktunya kerana setiap ahli Solar 17 datang tepat pada masa yang ditetapkan. Senamrobik ini berakhir awal sedikit kerana hujan turun membasahi bumi yang hijau ini.

Calon - calon menantu mak awak .





semasa bersenamrobik
Timbalan pengarah membantu biro teknikal.



'' Warming up " sebelum senamrobik.

Ketua Biro Refreshing sangat terhibur.

Nik Haris bertindak sebagai '' Photographer "

Kawasan halaman rumah Hj. Anwar.

S
Penglibatan Masyarakat dalam senamrobik kami.

Mak Zakiah dan Mak Saadiah
Jika kita lihat daripada gambar, menunjukkan Mak angkat yang sudi datang untuk bersenamrobik bersama kami. kami berasa sangat gembira dan melayan mereka dengan mesra. walaupun mereka pada awalnya tidak mengetahui rentak senamrobik kami, mereka tetap mencuba dan belajar supaya dapt mengikuti gerak tari kami. Ahli Solar pun kelihatan tekun mengajar mak angkat. Kehadiran mereka meriuhkan suasana. Untuk pengetahuan pembaca, kedua - dua mak angkat kami ini adalah antara penduduk KRT yang paling peramah dan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti kami. Kami sangat bersyukur kerana pada petang itu kami dapat bersama - sama dengan mereka dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang seperti mak kami sendiri.



0 comments:

Post a Comment