On 19:53 by rafidah thomas No comments
| Sesi bergambar bersama Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin Ulu Gadong Negeri Sembilan. |
| Slot pakaian kitar semula. |
| Persiapan sebelum kedatangan adik - adik jemputan. |
| Sesi suai kenal kumpulan 3. |
| Adik - adik yang "Sporting". |
| Perbincangan tentang reka bentuk pakaian terbuang. |
| Ketibaan adik - adik yang dinantikan. |
Sepanjang motivasi santai, kami menyelitkan pelbagai aktiviti berbentuk permainan supaya aktiviti tidaklah menjadi aktiviti yang membosankan. Adik – adik dari Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin akan dibahagikan kepada kumpulan dan pelajar antara kami akan menjadi fasilitator untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Slot yang dimasukkan adalah seperti sesi berkenal – kenalan, pakaian kitar semula, lukisan buruk dan sorak kumpulan.
Semasa sesi kenal – kenalan,
kami dapat mendengar kisah hidup adik – adik. Kisah hidup mereka yang penuh
suka dan duka. Terdapat juga di antara mereka anak yatim piatu dan hanya
tinggal bersama neneknya. Walaupun begitu mereka masih bersyukur dengan apa
yang ada pada mereka selama ini. Untuk adik – adik yang sudah kehilangan ibu
atau ayah , saya berharap kamu akan sentiasa kuat dan tabah menempuhi hidup,
jangan mudah menyerah dan berputus asa. Hidup kita perlu diteruskan walaupun
wujud kekurangan tetapi kita tetap perlu Berjaya untuk masa depan dan tunjukkan
kepada ibu dan ayah kita bahawa anaknya juga mampu berjaya seperti insan yang
lain walaupun ibu atau ayah kita sudah tiada di dunia ini. Saya yakin mereka
juga turut merasai dan berbangga kejayaan kita suatu hari nanti.
| Motivasi Santai |
| Fokusnya adik - adik kita. |
Bagi pakaian kitar semula dan
lukisan buruk ini pula dilakukan bagi tujuan menguji tahap kretiviti adik –
adik. Slot ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Semua adik – adik
ini memberikan komitmen yang tinggi walaupun pada awalnya mereka malu dan
senyap. Sebagai AJK Solar 17 , kami berasa terharu dan gembira atas sambutan
yang menggalakkan. Impak positif yang kami perolehi daripada pakaian kitar
semula ini adalah kami sebagai wakil anak borneo iaitu Rafidah (Sabah) dan
Billy (Sarawak) dapat memperkenalkan serba sedikit budaya kami dari segi
pakaian. Sebagai contoh, adik Adib mempersembahkan pakaian kitar semula yang
bertemakan Borneo. Dalam bersembahan adik ini juga, dia ada menyebut “agi hidup
agi ngelaban” yang bermaksud “ Selagi ada hayat, Selagi itu bersedia berjuang
dan berkorban”.
| Sorak kumpulan. |
| Kumpulan 4 bertemakan budaya Sabah dan Sarawak. |
Kehadiran Jemaah Pengurusan
Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin ini seumpama penyeri dan pelengkap
Program Keluarga Angkat Jalinan Masyarakat kami. Ahli Solar 17 sangat bersyukur
dan gembira atas kehadiran mereka. Kami dapat menjalinkan hubungan silaturahim
bersama mereka dan juga objektif Jalinan Masyarakat kami juga tercapai. Pengerusi
dan bendahari KRT Kota Pekan, En. Hj Said dan En. Kuan juga turut hadir bagi
meninjau dan memeriahkan motivasi santai bersama Jemaah Pengurusan Kebajikan
Anak – Anak Yatim dan Miskin. Kami amat berbesar hati atas kehadiran setiap
pihak yang hadir. Sekian Terima Kasih.
| Sesi Soal Jawab. |
| Jejaka idaman Malaya. |
| Tuan Puteri kita sudah bersedia menantikan Putera Kacak. |
| Penyampaian Cenderamata kepada pengiring Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin. |
| Soaring Upwards" |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

SOCIAL, OBEDIENT, LIAISON, AND RECTITUDE
Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada penduduk
tentang kepentingan alam sekitar.
Menerap kefahaman tentang isu semasa
tentang alam sekitar
Membuka minda penduduk tentang
kepentingan Geografi .

Program di KRT Kampung Kota ,Rembau, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 3 hari .
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment