On 21:44 by rafidah thomas No comments
Selain daripada Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin, slot Sukan rakyat ini juga menarik perhatian dan antara slot yang digemari sepanjang Program kami. Hal ini kerana kami mendapat sambutan yang menggalakkan atas bantuan keluarga – keluarga angkat kami dan juga atas bantuan En. Anwar kerana telah mewar – warkan tentang sukan rakyat ini sehari sebelum hari kejadian. Pada awalnya kami berasa risau akan sambutan penduduk KRT Kota. Alhamdulillah , kehadiran mereka sangat mengejutkan ahli solar 17. Walaubagaimanapun ahli solar sentiasa bersiap sedia menanti kehadiran mereka. Persediaan tersebut termasuklah minum petang, makanan dan cenderamata untuk penduduk yang hadir. Semua persediaan tersebut adalah mencukupi.
| Zumba bersama penduduk KRT Kota. |
| Bersedia untuk aktiviti "bowling padang". |
| Bermain straw dan getah dengan gigih. |
Berdasarkan Sukan rakyat pada petang itu, ahli solar 17 dapat belajar perkara baru iaitu cara berkomunikasi dengan penduduk KRT daripada setiap lingkungan umur. Ahli Solar banyak berinteraksi dengan masyarakat. Hal ini dapat mengeratkan hubungan mahasiswa dan masyarakat dengan wujudnya permainan dalam satu pasukan yang pelbagai peringkat umur. Sukan rakyat yang dilakukan adalah “bowling” padang, getah dan straw dan sukan rakyat yang istimewa kepada kanak – kanak adalah kerusi berirama. Kanak – kanak dan penduduk KRT terhibur dengan sukan rakyat yang disediakan.
| Timbalan pengarah sempat berbual dengan penduduk KRT yang tidak terlibat dalam pengambilan anak angkat. |
| wajah - wajah adik kita yang tidak sabar untuk bermain kerusi berirama. |
| Belakang tabir : persipan minum petang. |
| " Team Solar 17 " |
Melalui aktiviti sukan rakyat ini juga adalah aktiviti riadah yang sesuai dilakukan bersama keluarga pada waktu petang. Hal ini juga dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana, di penghujung sukan rakyat ini ahli solar mengadakan tarian “zumba” ataupun juga dikenali sebagai senamrobik yang telah di modenkan sedikit. Hasil daripada Sukan rakyat ini ahli solar dapat mewujudkan sifat bekerjasama antara satu sama lain termasuklah kepada tetamu yang datang. Penduduk KRT Kota juga dapat bertemu dan mengenali mahasiswa daripada Jabatan Geografi Universiti Malaya ini dengan lebih dengan seterusnya mengeratkan silaturahim antara pelbagai kaum.
| Mak Saadiah dan Mak Zakiah dah "get ready" nak membaling buah kelapa. |
| Penduduk KRT memang sangat sempoi! |
| Kehadiran mereka sangat bermakna buat kami. |
| "warming up" sebelum zumba bermula. |
| Adik - adik pun turut serta dalam aktiviti zumba. |
| "Uncle Kuan" |
| En. Zulkefli bersemangat membaling buah kelapa. |
| Barisan ibu - ibu kami yang tersayang. |
| " We keep this love in a photoghraph " |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

SOCIAL, OBEDIENT, LIAISON, AND RECTITUDE
Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada penduduk
tentang kepentingan alam sekitar.
Menerap kefahaman tentang isu semasa
tentang alam sekitar
Membuka minda penduduk tentang
kepentingan Geografi .

Program di KRT Kampung Kota ,Rembau, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 3 hari .
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment