On 22:09 by rafidah thomas No comments
![]() |
| Wanie dan Nadia bersama Pn. Zaiton dan suami. |
![]() |
| Keluar makan bersama keluarga angkat. |

Sebagaimana yang kita tahu, program keluarga angkat ini bertujuan untuk membina hubungan kekeluargaan antara masyarakat menjadi sebuah keluarga walaupun bukanlah darah daging sendiri. Oleh itu dalam atur cara program kami, selepas sahaja sukan rakyat berakhir, semua ahli solar 17 diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat mereka. Pelbagai aktiviti dilakukan pada malam yang indah itu.Kesempatan ini mereka gunakan dengan sebaiknya tanpa mensia siakan waktu walaupun hanya sesaat.
![]() |
| Hj. Mastuki dan isteri bersama anak - anak angkatnya yang manja. |
![]() |
| Menikmati malam yang santai dan menenangkan. |
![]() |
| Masak makan malam bersama - sama. |
Pada malam itu riuh rendah kedengaran bunyi telefon berbunyi menandakan mesej sampai ke kumpulan ‘’whatsapp” Jalinan Masyarakat kami. Masing – masing menghantar gambar bersama keluarga angkat mereka. Terdapat keluarga yang dibawa keluar berjalan. Antara tempat yang mereka pergi adalah makan di restoran terdekat, Seremban, Kenduri kahwin dan ke Melaka. Dari sini, kita dapat melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada keluarga angkat masing – masing. Mereka telah menganggap setiap satu daripada kami seperti anak mereka sendiri. Hal ini membuatkan ahli Solar 17 terharu dan bersyukur kerana Tuhan mempertemukan kami dengan insan – insan yang baik hati dan tidak berkira.
![]() |
| Our liang moi |
![]() |
| Jalan - jalan ke Melaka. |
Nilai murni yang kita dapat perolehi daripada keluarga angkat kami di KRT kota ini ialah sifat tolong - menolong dan memahami. Ibu dan ayah angkat faham dengan setiap masalah yang kami hadapi dalam menjalankan program ini. Contohnya, keluarga angkat Siti, Seri, dan Anis Shafika iaitu Ayah Mastuki dan isteri turut membantu mereka membuat persediaan rewang untuk esok hari. Mereka tidak menganggap ini semua beban tetapi sebagai satu kelebihan untuk mereka meluangkan masa bersama walaupun timbul sifat segan kerana menyusahkan keluarga angkat. Walaupun mak Saadiah dan ayah Zulkefli iaitu keluarga angkat Erra dan Syaf bukan keluarga angkat kepada Rafidah, mereka juga turut membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dari awal hinggalah masalah itu selesai. Sesungguhnya kebaikan keluarga angkat di KRT Kota ini tidak mampu kami bayar dengan emas permata bahkan duit yang menggunung kerana kebaikan mereka sangat bernilai dan bermakna dalam hidup ahli solar 17.
![]() |
| Precious moment with children. |
![]() |
| uncle Kuan and family. |
![]() |
| Makan malam |
![]() |
| Hendak ke mana ramai - ramai ni ? |
![]() |
| Keluarga Tok wan bersama Anis dan Syikin |
![]() |
| En. Anuar dan anak - anak angkat yang gagah perkasa. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

SOCIAL, OBEDIENT, LIAISON, AND RECTITUDE
Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada penduduk
tentang kepentingan alam sekitar.
Menerap kefahaman tentang isu semasa
tentang alam sekitar
Membuka minda penduduk tentang
kepentingan Geografi .

Program di KRT Kampung Kota ,Rembau, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 3 hari .
Powered by Blogger.

















0 comments:
Post a Comment