Lokasi Program Jalinan Masyarakat



On 03:07 by rafidah thomas   No comments

Akhirnya, Program Keluarga Angkat Jalinan Masyarakat tiba ke penghujungnya. Setiap satu daripada kami berasa sedih. keluarga angkat kami sangat baik. Mereka melayan kami seperti anak mereka sendiri. Sebelum balik ke Universiti Malaya, terdapat ramai ibu bapa yang memberi buah tangan kepada anak angkat mereka dalam bentuk wang, dan hadiah seperti tudung dan ada jugak yang memberi bekalan makanan di dalam bas. Tiada kata atau bicara yang mampu kami katakan pada saat ini. kami hanya berharap agar kami diberikan kesempatan untuk kembali kesini.

Ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat. Kepada Ahli Solar, terima kasih kerana bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk program ini, Pihak KRT Kota Pekan, terima kasih kerana menerima kehadiran kami dengan hati yang terbuka. Kepada penyelaras kami, Dr. Saripah, terima kasih kerana membantu melancarkan program dan memudahkan urusan kami. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang menyumbangkan dana kepada kami. Semoga Tuhan membalas semua bantuan ikhlas anda. Tidak lupa juga kepada jemputan - jemputan VIP seperti  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr. Awaludin Said yang sudi meluangkan masa menghadiri Program kami yang gilang - gemilang ini. Sekian Terima kasih.
Yeah ! we did it.


On 02:35 by rafidah thomas   No comments

Setelah sekian lama tidak dapat merasai keriuhan suasana rewang bersama – sama akhirnya dapat juga kami menjalankan  rewang bersama pendudu KRT Kota Rembau, Negeri Sembilan. Hal ini kerana sebagai mahasiswa  sudah tentu sibuk dengan “assignment” , buku , nota, kuliah dan perbincangan. Sehingga tidak sempat untuk balik ke kampung halaman masing – masing untuk aktivti rewang di kampung masing – masing.
Penduduk kampung memenuhi ruangan rewang.


On 02:32 by rafidah thomas   No comments




Pesiapan sebelum Majlis Penutupan.
Rancangan perjalanan Majlis Penutupan.
Pengesahan borang pemarkahan oleh pihak KRT (Pn. Suzana)
Pahit manis kehidupan, sukar untuk diluahkan tetapi lebih elok jika kita kongsi bersama. Kehidupan kami bersama keluarga angkat sepanjang 3 hari 2 malam ini sangat beerti dan cukup bermakna. Beberapa ahli solar 17 yang tidak terlibat dalam rewang kerana harus membuat persiapan untuk majlis penutupan. Kami dapat belajar menguruskan masa kami dengan baik dan semua masakan selesai di sediakan tepat pasa masanya. Pengurusan masa ini adalah elemen yang paling penting bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.


On 22:09 by rafidah thomas   No comments
Wanie dan Nadia bersama Pn. Zaiton dan suami.
Keluar makan bersama keluarga angkat.
 


Sebagaimana yang kita tahu, program keluarga angkat ini bertujuan untuk membina hubungan kekeluargaan antara masyarakat menjadi  sebuah keluarga walaupun bukanlah darah daging sendiri. Oleh itu dalam atur cara program kami, selepas sahaja sukan rakyat berakhir, semua ahli solar 17 diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat mereka. Pelbagai aktiviti dilakukan pada malam yang indah itu.Kesempatan ini mereka gunakan dengan sebaiknya tanpa mensia siakan waktu walaupun hanya sesaat.


On 21:44 by rafidah thomas   No comments
Selain daripada Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin, slot Sukan rakyat ini juga menarik perhatian dan antara slot yang digemari sepanjang Program kami. Hal ini kerana kami mendapat sambutan yang menggalakkan atas bantuan keluarga – keluarga angkat kami dan juga atas bantuan En. Anwar kerana telah mewar – warkan tentang sukan rakyat ini sehari sebelum hari kejadian. Pada awalnya kami berasa risau akan sambutan penduduk KRT Kota. Alhamdulillah , kehadiran mereka sangat mengejutkan ahli solar 17. Walaubagaimanapun  ahli solar sentiasa bersiap sedia menanti kehadiran mereka.  Persediaan tersebut termasuklah minum petang, makanan dan cenderamata untuk penduduk yang hadir. Semua persediaan tersebut adalah mencukupi.
Zumba bersama penduduk KRT Kota.


On 19:53 by rafidah thomas   No comments
Sesi bergambar bersama  Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – Anak Yatim dan Miskin Ulu Gadong Negeri Sembilan.
Slot pakaian kitar semula.


Persiapan sebelum kedatangan adik - adik jemputan.
Hari kedua diadakan satu aktiviti berbentuk motivasi santai. Kenapa kami memilih motivasi santai? kenapa bukan motivasi kecemerlangan atau yang lebih formal ? semua itu mempunyai sebab – sebab yang tertentu. Kami merasa kami perlu mangadakan motivasi berbentuk santai bagi menarik minat adik – adik untuk bersama kami. Saya percaya motivasi santai ini adalah platform bagi mahasiswa mendekati adik – adik daripada Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak – anak Yatim dan miskin ulu Gadong negeri Sembilan. Fokus utama motivasi ini adalah untuk menarik minat adik – adik tentang geografi da alam sekitar . selain itu , motivasi ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada adik – adik mengenali Universiti Malaya. Kami berharap mereka berminat untuk turut serta bersama kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi universiti Malaya.


On 13:38 by rafidah thomas   No comments

Penonton mngambil tempat masing - masing.


Setiap oeang telah bersiap sedia untuk menyaksikan wayang

Baymax dimainkan.

Pernah dengar tak mengenai wayang pacak ? Mesti semua tak tahu kan ? Haaa wayang pacak ini pada dahulunya dibuat kerana tiada panggung wayang di kawasan kampung. Oleh itu, kami menyelitkan slot wayang pacak dimana kami melakukannya di rumah hj. Anwar. Tetapi ada perbezaan konsep sedikit kerana kekangan cuaca. Kami tidak boleh memacakkan layar di halaman rumah hj. Anwar. Hal ini kerana rumput basah dan risau akan serangga berbahaya dan menggangu ketika sedang seronok melayan wayang nanti.



Berdasarkan filem yang di tayangkan, iaitu Baymax , terdapat pengajaran yang boleh diperolehi oleh para penonton yang hadir  seperti Percaya Pada Diri Sendiri. Filem ini menceritakan bagaimana cara kita memandang sesuatu itu akan menentukan kejayaan kita di masa hadapan. Di saat kita berkata bahawa kita sudah tidak mempunyai idea, maka idea itu tidak akan datang. Tapi seandainya kita bergerak dan mahu berfikir bermula dari kebaikan yang paling sedikit dengan meletakkan kepercayaan pada diri, maka idea yang tak mustahil pun boleh datang, malah jauh lebih baik.



Temubual Bersama Datuk Dr. Awaludin Said & Dr. Saripah